Pengaruh Islam Dalam Karya Kesusasteraan
1.0 Pengaruh Islam Dalam Karya Kesusasteraan Melayu Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “kesusasteraan” bermaksud hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Kesusasteraan Melayu telah diperkayakan setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Kedatangan Islam telah menambahkan lagi Sastera Islam di samping sastera Melayu yang sedia ada. Walau bagaimanapun, prinsip akidah Islam dimana menjauhi perkara syirik dan mungkar menyebabkan pengubahsuaian di dalam sastera yang bercanggah dengan akidah Islam ( Mohd. Taib Osman & Aziz Deraman, 2000). Asas budaya Melayu bukan sahaja dilihat dari segi sastera sahaja tetapi juga penggunaan bahasa di Kepulauan Melayu yang menjadi alat komunikasi masyarakat dalam perdagangan, kebudayan dan agama. Kemunculan kesusateraan Melayu Islam telah melalui proses evolusi yang amat lama daripada kedatangan pengaruh India pada abad pertama Masihi ke p