Posts

Showing posts from November, 2018

Pengaruh Islam Dalam Karya Kesusasteraan

1.0   Pengaruh Islam Dalam Karya Kesusasteraan Melayu             Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “kesusasteraan” bermaksud hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Kesusasteraan Melayu telah diperkayakan setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Kedatangan Islam telah menambahkan lagi Sastera Islam di samping sastera Melayu yang sedia ada. Walau bagaimanapun, prinsip akidah Islam dimana menjauhi perkara syirik dan mungkar menyebabkan pengubahsuaian di dalam sastera yang bercanggah dengan akidah Islam ( Mohd. Taib Osman & Aziz Deraman, 2000). Asas budaya Melayu bukan sahaja dilihat dari segi sastera sahaja tetapi juga penggunaan bahasa di Kepulauan Melayu yang menjadi alat komunikasi masyarakat dalam perdagangan, kebudayan dan agama.             Kemunculan kesusateraan Melayu Islam telah melalui proses evolusi yang amat lama daripada kedatangan pengaruh India pada abad pertama Masihi ke p

Budaya Masyarakat Melayu

1.0   Pendahuluan             Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah amalan hidup yang meliputi perkembangan sahsiah, budi, akal, daya, semangat, usaha, nilai serta tindakan daripada aspek lahiriah dan juga batiniah. Amalan ini telah meresap masuk ke dalam kehidupan masyarakat Melayu dan telah menjadi tatacara kehidupan seharian. Dari situ, budaya ini telah menjadi identiti bangsa Melayu yang tersendiri. 2.0   Konsep Budaya Melayu             Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.             Istila